Monday, December 27, 2010

indonesial...

hai,,,aku tau korang sume tengok kn bola malaysia lawan indon kn smalam. malaysia menang kan. 3-0 kan. hebat kan. cantik kan gol2 malaysia kan. so berbangga lah aku semalam kan. yelah mmg lah aku bangga. sempat satu family aku dok bermastautin kat depan TV smalam. setiap malaysia gol aku meloncat. jadi 3 kali lah aku meloncat kan.

okeh3, malas dah aku nak ulas pasal kemenangan malaysia smalam. korg boleh bace sendiri yeh kat paper2. aku rasa sume paper hari ni ade siar. kalau takde memang pengarang paper tu gile. ha ha. so yang aku nk cerita ni pasal kebangsatan penyokong dan rakyat indonesial.

dah la kalah. masuk page orang maki2, kutuk2 malaysia pulak. dianjing nye lagu negaraku. aku bukan lah nak emo kan. jaoh lagi nak tacing2. just mempertahankan kedaulatan bangsa. so aku kutuk la balik. habis bahasa2 kesat yg aku blaja kt sekolah dulu2 aku gune. tak sia2 cikgu aku ajar. okey2,aku tipu je. aku x kutuk pon. just bace je kutukan dan cacian malaysia vs indonesia. tp aku panas jgk la bace tu. tak sedar ke 2 juta rakyat dorg merempat cari keje kat sini. yg baik2 tu bagus lah. ni siap wat jenayah ag.

dah la. malas nak layan. sepatutnya kita serumpun, sebangsa, seagama tak bleh la macam ni. bersatu teguh bercerai roboh. =)



sbenarnye dah lame tak update blog. mase awal2 ari tu smangat sgt. skrg da malas. haha. now aku da balik kolej. sem baru da nak bukak. jom main!

Friday, December 24, 2010

kuda dan rumput

okeh,,,skrg aku tgh bercuti di terengganu.. ape aku wat kat sane? nanti la aku cite okkehh..hehe so,korang bace la mnde ni..


Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling malas. 
Cikgu : "Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je?" 
Murid : "Kuda makan rumput, cikgu!" 
Cikgu : "Rumputnya mana?" 
Murid : "Sudah habis dimakan kuda, cikgu," 
Cikgu : "Habis tu, kudanya mana?" 
Murid : "Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?"


siyes memang bijak budak ni kn?

Thursday, December 23, 2010

kisah bulu ketiak



Mak...!!! Mak...!!! Tengok ni mak...!!!!! 

Jais berlari tercungap-cungap. Tak sabar dia nak menyampaikan berita gembira itu pada emaknya. Sampai di pintu rumah, Jais terus melompat masuk. Tak dipijaknya anak tangga rumah itu. 

"Mak...!!! Mak...!!!! 

Jais masih terjerit-jerit. Meluru ke dapur.Mendapatkan emaknya. Emaknya yang sedang memasak di dapur terkejut kehairanan melihat anaknya itu. Tercungap-cungap bagaikan dikejar harimau. 

"Kenapa ni Jais?" Emaknya bertanya. Risau juga di hatinya melihat keadaan Jais. 

"Mak....tengok ni mak.... bulu ketiak Jais dah tumbuh mak.... Tengok ni mak... hehehehehe..." Jais mengangkat tangan kirinya dan menunjukkan bulu ketiaknya yang baru tumbuh itu pada emaknya. Baru tumbuh lebih kurang setengah inci panjangnya. 

"Hish...ko ni Jais. Mak ingatkan ada hal apa la. dah la tu.... Pergi mandi cepat. Makanan pun dah siap ni." 

Jais ke bilik mengambil tuala dan terus ke bilik mandi. Dalam hatinya menyanyi-nyanyi.... "Yeah... yeah... Dah tumbuh... Bulu ketiak aku dah tumbuh... Yeah yeah.."' 

Jais gembira tak terkata. Disyampoonya bulu ketiak itu. Kemudian di bubuh sedikit conditioner. Selepas mandi Jais membubuh sedikit bedak pada bulu ketiaknya. Walaupun sehelai, cuba disikatnya. Sayang sungguh Jais dengan bulu ketiaknya.Dijaganya seperti menatang minyak yang penuh. 

Malam itu tak lena tidur Jais. Dibelai-belainya bulu ketiak itu. Tak sabar Jais menunggu pagi. Tak sabar nak ke sekolah.Tak sabar Jais nak ceritakan pada kawan-kawannya. 

Sampai di sekolah, tanpa membuang masa Jais memberitahu kawan-kawannya. Semua berkerumun melihat bulu ketiak Jais. Kawan-kawan Jais tak ada bulu ketiak sepertinya. Cikgu Bakri, guru Bahasa Malaysia masuk ke kelas. Semua murid-murid bergegas menuju ke tempat duduk masing-masing. Suasana menjadi senyap. 

"Selamat pagi cikgu..!" 

Kata Aziz, ketua kelas. Kemudian diikuti oleh murid-murid lain. 

"Selamat pagi pagi murid-murid." 

Cikgu Bakri menjawab ucapan anak-anak muridnya. Dia meletakkan fail yang dibawanya ke atas meja. Cikgu Bakri berjalan menuju ke bahagian tengah kelas itu. Diperhatikan muka setiap anak-anak muridnya. 

'Erm...semua hadir nampaknya.' bisik hati Cikgu Bakri. 
"Baik.... Dengar sini murid-murid. Hari ini saya mahu awak semua buat satu karangan. Tulis mengenai benda yang kamu suka. Yang kamu sayang. Kucing ker, adik kamu ker, tak kira la... apa-apa saja." 

Selepas memberi arahan, Cikgu Bakri kembali menuju ke mejanya. Duduk di kerusi. Dibiarkan anak-anak muridnya membuat kerja yang disuruh. Semua murid mengeluarkan buku nota dan pen masing-masing. Jais pun turut berbuat begitu. Jais mula mengarang. Menulis mengenai bulu ketiaknya. 


Bulu ketiak saya 

Nama saya Mohd Jais bin Ibrahim. Umur saya 9 tahun.Saya ada emak. Saya sayang emak saya. Emak saya pandai masak. Saya ada ayah. Saya sayang ayah saya. Ayah saya selalu belikan saya hadiah. 

Bulu ketiak ayah saya lebat. Saya juga mahu bulu ketiak macam ayah saya. Saya tanya ayah saya. Macamana nak bagi bulu ketiaksaya tumbuh cepat. Ayah saya kata, ambil telur ayam baru bertelur, bubuh di celah ketiak. Saya ikut nasihat ayah saya. Tiap-tiap hari saya pergi reban ayam. Tunggu ayam bertelur. 

Hari ini bulu ketiak saya sudah tumbuh. Saya sangat gembira. Saya sayang bulu ketiak saya. 

Berita Jais tumbuh bulu ketiak heboh satu sekolah.Cikgu-cikgu Jais pun ramai yang tahu. Memang jarang budak yang baru berusia 9 tahun seperti Jais dah tumbuh bulu ketiak. 

Habis sekolah, Jais berjalan pulang ke rumah. Jais puas hati dengan persekolahannya hari itu. Jais sayang sekolahnya. Jais sayang kawan-kawan dan cikgunya. Dalam perjalanan, tiba di satu lorong Jais nampak ada 3 orang menghalang jalan. Jais kenal mereka. Murid-murid darjah 5. Mereka selalu membuli murid-murid kelas bawah. 

"Jais mari sini..!!" Salah seorang dari mereka memanggil Jais. 

"Orang kata bulu ketiak ko dah tumbuh... mari la...tunjuk..!!. Kami nak tengok..!!" 

Jais diam. Dia serba salah. Dia tak mahu melayan mereka. Jais takut. Jais diam tercegat di situ. Kemudian ketiga-tiga budak tadi meluru ke arah Jais. Mereka menerkam Jais. Jais cuba lari. Tapi Tak berjaya. Jais ditangkap mereka. Jais meronta-ronta minta dilepaskan. Mereka tak peduli rayuan Jais. Baju Jais dibuka mereka. 

"Jangan la... jangan...jangan..!!!" 

Jais menjerit. Dia terus meronta-ronta sambil menangis. Tiba-tiba salah seorang daripada budak tadi mengeluarkan gunting. Lalu memotong bulu ketiak Jais. Mereka ketawa.. 

"Hahahahahaha...!!" "Mari....mari..!! Sapa nak tengok bulu ketiak Jais..!!" 

"Lelong....lelong..!!! Sapa nak beli...!!! Jualan murah....!!! Bulu ketiak baru...!!! Fresh lagi...!!!! "Hahahahahaha....!!!! 

Mereka terus ketawa. Puas hati mereka dapat membuli Jais. Jais menangis. Terbaring Jais keletihan. Lemah longlai tubuhnya. Bagaikan seorang gadis yang dicabul kehormatan. Jais meraba ketiaknya.Ternyata sudah tiada. Sudah diragut oleh tiga manusia yang tak berperikemanusian. Jais sedih. Dia bangun, membetulkan bajunya lalu berlari pulang ke rumah. Sepanjang jalan Jais menangis. 

"Huwaaaaa.....!!!!!!!!""Huwaaaaa.....!!!!!!!!" 

Selepas kejadian itu Jais lansung tak mahu pergi kesekolah. Jais tak mahu pergi ke mana-manapun. Jais sedih. Selera makannya pun tiada. Puas emak dan ayahnya memujuk. Cikgu Bakri pun datang melawat Jais. 

"Ni buku nota awak. Saya bagi markah 'A' kat karangan yang awak buat tu." 

"Dah la tu... jangan sedih lagi. Nanti tak lama lagi tumbuh balik la bulu ketiak Jais tu." 

"Esok pergi sekolah yer..." 

Cikgu Bakri cuba memujuk Jais. Jais mengangguk-anggukkan kepalanya. Kesedihan Jais mula reda. Tapi tetap timbul persoalan di hatinya.....Mengapa ada orang iri hati?....Mengapa ada orang dengki melihat kelebihannya?... Dia tak pernah kacau orang. Dia tak pernah susahkan orang. Dia hanyalah budak biasa yang sayangkan bulu ketiaknya. Dia hanyalah budak biasa yang tak sabar nak jadi dewasa. 



okeh3....korang ingat aku ni obses pasal bulu ketiak ke hah? sbenarnye ni kontest pertama yg aku join. jadi aku tak harap sangat la cik rose ni bagi aku menang yeh sebab cerpen ni pon melalut je. cerpen ni hasil perkongsian cerita antara aku n kengkawan 2 tahun dulu. so aku nukilkan la merapek rapek sket. hek3



buang masa

pagi ni aku tak lain dan tak bukan mahu menghilangkan rasa boringku yg dah meluap luap neh ha. jadi ku taip lah entri ni. hari ni aku bangun awal pagi lg. sebab ape? sbb smalam aku dh tido awal dan hari ni aku kene jadi driver kpd family ku balik kampung.

tp xde ape senanye aku nk crite kali ni. yela aku ni baru je terjebak dalam berbelog belog nih. so tak kretip agi mengarang cite n wat entri2 yang cambez kan. firstly thanks kat schoolmate aku tyme nakal2 ( skrg dah tak nakal okkeyy ) iaitu Macy Humaira yang banyak la dah totorial aku pasal blog ni. maklum la aku ni bak kate member skolah dlu diorang gelar aku jahil IT. sampai skarang aku ingat tuh. haha.... tak gune punye member.

and aku pon nak thanks jugak kat matrikmate aku si comel cik maziyah sbb die lah jadi first follower aku dalam blog ni. hak3... punye la exited dye jadi aku punye first follower kan sampai mintak lupus segala hutang2 die kat aku. arrrghhh.. tak de makne nye. hutang stil hutang. baskin robin jugak aku nak. haha


gambar atas ni bukan awek aku keyh. mak aku lagi la bukan. just scandal zaman skolah. tak caye tanye la cik macy..hoho

Tuesday, December 21, 2010

Kambing vs Ayam

Satu hari berlakulah bertengkaran yang hebat disebuah reban kambing dan sebuah reban ayam.. pertelingkahan tu menyebabkan satu kampong heboh… beginilah kisahnya.

Kambing : Apalah kau ni ayam… Baju ada tapi berkaki ayam tak malu ke… . kah kah kah
Ayam : Kau tu dah baju jarang nampak kemaluan … lagi malu pa. kah kah kah

Ayam : Daging aku lazat.. enak sehingga menjilat jari..
Kambing : Lazat pun bukan boleh buat korban…

Kambing : Apalah kau ni bertelur sebiji riuh sekampong.
Ayam : Aku bertelur setiap hari… kau tu beranak setahun sekali.. hebat apakebendanya.
Kambing : Aku hebat… .. yahoooo
Ayam : Aku hebat … . yahoooo


Kekecohan tersebut membuatkan tuan punye reban tu naik angin. tidak lama selepas itu tuan kepada kambing dan ayam tersebut keluar dengan sebilah parang. lalu disembelihnya due2 ekor tu.


Tuan reban: hah,,sekarang sapa yg lagi hebat!







aku gila!

cisss tak gune punye manusia. ade ke patot cakap diri sendiri gila. lembu pon tah cakap diri dye gile kan. memang lah tak, lembu boleh plak becakap kan... adoyai.
sebenanye aku rase tak caye la aku bangun pagi hari ni. marbeles taw. yela, dah 3 minggu aku cuti haram mmg tak penah pon bangun pagi. suasana pagi kat rumah aku ni pon dah lupa macamana. tapi ari ni pelik bin ajaib nye aku leh bangun. solat subuh bangun sndiri tak payah mak aku nak kejot. baik kan? haha
sbenaye pagi mcm ni bosan la. bukan leh wat ape2 pon. nyesal plak aku bangun pagi. memang btol pepatah melayu yg menceritakan pasal khasiat tidur pagi. ade ke? ntah tak pasti. aku bedal je.





aku tengah pening ni cari kat mane nak ubah blog ni punye tarikh & masa. coz post entry aku tak kena dgn waktu yg aku post. ade sape2 boleh tolong tak?huhu

Monday, December 20, 2010

malas nak mampos..

di sebuah negeri zaman dulu kala tu kan ade la orang tinggal kat situ. dah name pon negeri mesti la ade orang kan. kampung tu plak ade la raja nye. bese la org melayu. tp aku bkn nk crite pasal kampung n raja tu. tp crita pasal si pemalas nak mampos ni..
satu hari raja tu kumpul semua rakyat dia. lalu beliau bertitah.

raja : hari ni beta nak tahu dalam kalangan rakyat beta ni sape yg paling pemalas.

lalu bangun sorang laki ni.

laki 1: saya lah yg paling malas tuanku.
raja: tahap mana kemalasan kamu?
laki 1: kalau saya makan mesti ada orang kena suapkan.

raja tu berfikir akan kemalasan tersebut. tiba tiba bangun lagi sorang laki.

laki 2: saya ni lagi malas tuanku.
raja: tahap mana pula kemalasan kamu?
laki 2: kalau saya makan mesti ada orang tolong kunyahkan.

raja tersebut terkejut. dalam hatinya berkata bertapa malasnya laki tersebut.
sedang syok raja tu berfikir bangun lagi seorang lelaki.

laki 3: tuanku,,,saya rasa saya lagi malas tuanku.
raja: tahap mana kemalasan kamu?
laki 3: nak cerita pun malas!!! 

?#@$%$&^*&^O*()&(*^&


Whuzzzup!!!

ellow ebribadi. cm x sopan plak kan mcm ni. sebab aku ni muslim so sepatutnye lah kan aku bg salam dulu. Assalamualaikum...hehe

entry ni merupakan enty first aku dalam arena berbelog ni. slame ni aku asek dok blogwalking org lain pnye je. so nak jgk ade y sendiri punye kan. dalam bosan2 ade gak tempat nk loya burok kan. lantas tanpa banyak songeh aku pon create la blog ni...

apehhal aku taruk name blog ala ala bunyi line clear ni ek. sbena nye macam ni. tadi mase nk create blog ni adik aku ade sbelah. so aku nk wt blog ni tak nak kasi diorang tau. nanti mampus lah die bace ke hape ke. kot2 lepas ni aku ade wat enty yang tak sesuai untk kanak2..hahaha  anywey salam blogging sume..


mamat dlm gambar atas ni nmpk macam aku kan. kan3?? tp bukan. kembar aku okay. dye main bola utk arsenal. so, pesanan khidmat masyarakat majulah sukan utk negara..hoho